Wednesday, 10 November 2010

Monday, 19 July 2010

Friday, 30 April 2010

Perujian Tilawah Peringkat Zon 1 Kulaijaya








Tahaun 2010 sekal lagi Sekolah Agama Ibnu Sina telah memperolehi kejayaan dalam beberapa bahagian perujian musabaqah murid-murid sekolah-sekolah agama Kerajaan Negeri Johor peringkat Zon 1 Kulaijaya....



Diantara Peserta-Peserta yang berjaya ialah :

Adik Nur Sabihah Hanim Binti Zulkipli - Bahagian Tahfiz Tahap 2 = Johan
Adik Solehuddin Bin Mohd Nazam - Bahagian Al-Quran Tahap 2 = Naib Johan
Adik Arifah Binti Zainol Aman _ Bahagian Al-Quran Tahap 1 = Ketiga
Adik Ezamal Muadzim Bin Rosli - Bahagian Berzanji taha 2 = Ketiga

Kepada peserta-peserta lain diucapkan syabas dan tahniah semoga tahun hadapan lebih bersedia dengan lebih gigih lagi.

Tuesday, 20 April 2010

Thursday, 1 April 2010

Falsafah Pendidikan Islam

PENDIDIKAN ISLAM ADALAH SUATU USAHA BERTERUSAN UNTUK MENYAMPAIKAN ILMU DAN PENGHAYATAN ISLAM BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH BAGI MEMBENTUK SIKAP, KEMAHIRAN, KEPERIBADIAN, DAN PANDANGAN HIDUP SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBANGUN DIRI, MASYARAKAT, ALAM SEKITAR, DAN NEGARA

Falsafah Pendidikan Negara

MEMASTIKAN SEMUA PELAJAR DAPAT MENUNTUT ILMU SEHINGGA TERCAPAI CITA-CITA DI DUNIA DAN AKHIRAT. MEWUJUDKAN SUASANA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKUALITI DALAM PERSEKITARAN BERSIH, CERIA DAN SELESA.MEMBERIKAN LAYANAN MESRA, PERKHIDMATAN YANG CEKAP DAN TERBAIK KEPADA SEMUA YANG BERURUSAN DENGAN KAMI.BERSEDIA MEMBERI MAKLUMAT CEPAT DAN TEPAT. BERSEDIA MENERIMA PANDANGAN, CADANGAN DAN TEGURAN YANG MEMBINA DEMI MEMPERTINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN DAN KECEMERLANGAN.

Visi Sekolah & Misi

Visi

Melahirkan Generasi Yang Berakidah, Berakhlah Celik Al-Quran Dan Jawi




Misi

Menjadi Antara 5 Sekolah Yang Cermerlang Dalam Daerah Kulaijaya Dari Segi Akedemik Dan Kokorikulum

Friday, 12 February 2010

Pencapaian Dalam Bidang Ko-kurikulum




Kejayaan Tahun 2007

* Mendapat tempat pertama kuiz peringkat zon (Adik Siti Nursyahidah binti Mohd Sukri)

Kejayaan Tahun 2008

• Mendapat tempat pertama kategori Al-Quran kecil di peringkat zon ,dan daerah • Menjadi wakil daerah Johor Bahru ke Segamat bagi acara Al-Quran kecil
( Adik Muhammad Alif Hakimi bin Mohd Amri).

Kejayaan Tahun 2009 •

Mendapat tempat pertama kategori Al Quran kecil peringkat zon,daerah Kulai Jaya • Mewakili daerah Kulai Jaya ke peringkat Negeri bagi Perujian Tilawah Al Quran Sekolah-Sekolah Agama Negeri Johor dan berjaya menyandang gelaran johan bagi kategori Al Quran kecil dan seterusnya mewakili Negeri Johor ke Pertandingan Tilawah Peringkat Kebangsaan bagi murid KAFA seluruh Malaysia pada20-22 November 2009. ( Alif Hakimi Mohamed Amri ) • Mendapat tempat pertama hafazan peringkat zon dan daerah Kulai Jaya. ( Adik Nursabihah Hanim Binti Zulkifli ).

Pencapaian Dalam Bidang Akedemik

Pada Tahun 2008 :-

Sijil Darjah Enam Agama cemerlang peringkat Daerah Johor Bahru dengan mendapat kelulusan 100%

Pada Tahun 2009 :-

Sijil Darjah Enam Agama cemerlang peringkat Daerah Johor Bahru dengan mendapat kelulusan 100%

Thursday, 11 February 2010

Biodata Guru TAJ


Jawatan :Guru Penolong
Nama :Norliza Zubaidah Binti Mahmud
Gred :Guru TAJ
Mula Berkhidmat :
2009 -Sekolah Agama Ibnu Sina

Biodata Guru KAFA



Jawatan :Guru Penolong
Nama :Haszuan bin Hasan
Gred :Guru KAFA
Mula Berkhidmat :
2008 -Sekolah Agama Ibnu Sina

Biodata Guru Penolong


Jawatan :Guru Penolong
Nama :Roszanah binti Senin
Gred :DB17
Mula Berkhidmat :
2001- 2008 -Sekolah Agama Felda Pasir Raja
2008 -Sekolah Agama Ibnu Sina

Biodata GPK KO-KO


Jawatan :Guru Ko-Kurikulum
Nama :Syahrizan bin Md Saat
Gred :DB17
Mula Berkhidmat :
2001- 2006 -Sekolah Agama Kampung Maju Jaya
2007 -Sekolah Agama Ibnu Sina
Pencapaian:
• Guru Cemerlang Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 2006

. Guru Pembimbing Al -Quran ( Sekolah ) melatih pelajar hingga ke peringkat Negeri

Biodata GPK HEM



Nama : Aziyana Binti Ahmad
Tempat Lahir : Kota Tinggi
Tarikh Lahir : 20 Julai 1981
Tarikh mula berkhidmat di sekolah sekarang : 01 Januari 2010

Guru Besar S.A.I.S


Jawatan :Guru Penolong Kanan
Nama :Ustazah Rahimah Binti Abd Malik
Gred : DGA 29
Tarikh mula berkhidmat:
• Tahun 1994 -2007 -Sekolah Agama Kampung Maju Jaya
• Tahun 2007 hingga kini -Sekolah Agama Ibnu Sina
Pencapaian:
• Guru Cemerlang Peringkat Daerah Johor Bahru tahun 2006
• Pemeriksa dan penilai kertas peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama dan Sijil Darjah Khas

Guru-Guru Yang pernah Berkhidmat Di S.A.I.S


Jawatan: Guru Besar Sekolah Agama Ibnu Sina
Nama:Ustaz Ali Akbar bin Hj Md Zain
Gred : DGA 29
Tarikh mula berkhidmat Di S.A.I.S:

• Jan 2009 Hingga Mac 2010




Jawatan:Guru Hal Ehwal Murid
Nama:Mastika binti Abd Kadir
Gred:DB17
Mula berkhidmat:
• 1994 - Sekolah Agama Kampung Teluk Ramunia
• 2002 - Sekolah Agama Kampung Maju Jaya
• 2007 - Sekolah Agama Taman Impian Jaya hingga 2009

Profil Guru Sekolah Agama Ibnu Sina

Sekolah ini telah diterajui pada awalnya oleh seorang wanita yang tabah bernama Rahimah binti Abd Malik.Bersama-sama beliau berganding bahu adalah Ustazah Mastika binti Abdul Kadir dan Ustaz Syahrizan bin Md Saat.Selama setahun lebih berganding bahu bersama membangunkan sekolah menempuh pelbagai onak dan duri akhirnya Sekolah Ibnu Sina didatangi 1 orang guru iaitu Ustaz Mohd Syafiq bin Mohd Noh .Setelah 3 bulan berkhidmat, Ustaz Mohd Syafiq bin Mohd Noh mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di salah sebuah Universiti di Terengganu. Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. Pada bulan Ogos tahun 2008 pihak sekolah telah didatangi oleh 2 orang guru iaitu Ustaz Haszuan bin Hasan dan Ustazah Roszanah binti Senin. Pada tahun 2009 ,sekolah ini telah menerima seorang Guru Besar baru iaitu Ustaz Ali Akbar bin Hj Md Zain dan seorang guru Tadika Agama Johor Puan Norliza Zubaidah binti Mahmud.

Monday, 8 February 2010

Sejarah Sekolah Ibnu Sina




Asal usul nama Sekolah Agama Ibnu Sina ini adalah cetusan idea oleh Professor Hj Selamat bin Hashim dari Institut Pengajian Islam Ibnu Sina UTM ( Institut Pengajian dan Strategik program PPI) ketika itu beliau merupakan Pengarah Pengajian Pusat Islam UTM.Pertemuan pertama yang menjadi titik permulaan perbincangan pembukaan sekolah adalah pada tanggal 10 Oktober 2006 jam 4.30 petang.

Pertemuan ini adalah diantara Jawatankuasa Kemajuan Kampung Pemuda Jaya, Kawasan Rukun Tetangga Taman Impian Jaya,Jabatan Perpaduan,Majlis Bandaraya Johor Bahru,wakil Sijori Holdings,Pejabat Daerah &Pendaftar sekolah -sekolah Agama ,Pejabat Pendidikan Agama Daerah,Penolong Pengarah Akademik Bahagian Pendidikan Pusat Islam Iskandar ,Yang Berhormat Molizan (kini sebgai exco pendidikan )dan Yang Berhormat Halim(ADUN Puteri Wangsa ).Hasil mesyuarat tersebut maka terbentuklah jawatankuasa penaja Badan Kebajikan Sekolah Agama Ibnu Sina.

Ekoran daripada perbincangan tersebut maka bermulalah permohonan pendaftaran sekolah agama pada tarikh 2 November 2006.Kelulusan permohonan pendaftaran telah diluluskan pada 1 Disember 2006.Ekoran banjir yang melanda,sekolah yang sepatutnya dibuka pada bulan Januari ditangguhkan ke tarikh 1 Februari 2007.Maka pada tanggal inilah bermulanya sessi persekolahan.

Tenaga pengajar dan murid-murid di sekolah ini adalah daripada Sekolah Agama Kampung Maju Jaya.Seramai 3 orang guru dan 116 orang murid ditempatkan di sekolah ini.Pertambahan bilangan pelajar akhirnya meningkat hingga ke hari ini iaitu seramai 216orang murid.Kemasukan 2 orang guru pada tahun 2008 (guru DB 17 & Guru KAFA ) juga meningkatkan jumlah tenaga pengajar di sekolah ini.Pada tahun 2009 pula, sekolah menerima seorang guru gred DGA 29 dan seorang guru Tadika Agama Johor. Kini jumlah tenaga pengajar di sekolah ini seramai 7 orang.

Lencana Sekolah S.A.I.S


Simbol awal ilmu melalui bacaan dari Jibril kepada Nabi Muhammad menjadi sumber aspirasi kepada pelajar mencontohi nabi.Bulan:Menunjukkan pegangan Ahli Sunah Wal Jamaah,alihan dan takwa.

Al-quran dan rehal sumber rujukan menuntut ilmu disamping hadis nabi sebagai panduan.

Pen menunjukkan setiap ilmu mesti dtulis dan dihafal bag menajamkan akal fikiran.Huruf jawi tulisan dan hurur penghanta adalah teras uama penulisan sekolah agama.

Topi sarjana:Matlamat belajar akhir ke insttusi pengajian tinggi.

Tabung ujian dan mikroskop menunjukkan sains dan Al-quran tidak boleh dipisahkan.Seperti pun Ibnu Sina juga saintis.

Moto bagi sekolah.
• Lambang telur bujur ; Bibit benih anak-anak dan jiwanya perlu dipupuk dan dibelai,sokongan padu ibu bapa dan masyarakat.

• Kuning:Taat di bawah naungan pemerintahan (Sultan )

• Merah :Berani membuat perubahan dan suka mencuba

• Hijau : Lambang Agama dan persekitaran sekolah yang subur dan segar

• Coklat :Semangat guru dan ibu bapa danpelajar yang kental tetap menegakkan ilmu dan agama.

• Biru :Perpaduan dan kerjasama semua pihak

• Putih :Jiwanya bersih

• Huruf Arab :Tahun ditubuhkan sekolah ini.