Thursday, 11 February 2010

Profil Guru Sekolah Agama Ibnu Sina

Sekolah ini telah diterajui pada awalnya oleh seorang wanita yang tabah bernama Rahimah binti Abd Malik.Bersama-sama beliau berganding bahu adalah Ustazah Mastika binti Abdul Kadir dan Ustaz Syahrizan bin Md Saat.Selama setahun lebih berganding bahu bersama membangunkan sekolah menempuh pelbagai onak dan duri akhirnya Sekolah Ibnu Sina didatangi 1 orang guru iaitu Ustaz Mohd Syafiq bin Mohd Noh .Setelah 3 bulan berkhidmat, Ustaz Mohd Syafiq bin Mohd Noh mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di salah sebuah Universiti di Terengganu. Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti. Pada bulan Ogos tahun 2008 pihak sekolah telah didatangi oleh 2 orang guru iaitu Ustaz Haszuan bin Hasan dan Ustazah Roszanah binti Senin. Pada tahun 2009 ,sekolah ini telah menerima seorang Guru Besar baru iaitu Ustaz Ali Akbar bin Hj Md Zain dan seorang guru Tadika Agama Johor Puan Norliza Zubaidah binti Mahmud.

No comments:

Post a Comment